Event is FINISHED

Stay Young Sayang: Minum kopi bersama Asatizah dan Doktor.

Description
Awet muda dan kesihatan menyeluruh - Semua orang mahukannya, tetapi bagaimana cara untuk mendapatkannya?

Apakah kaedah dari sudut kesihatan dan agama yang dapat kita terapkan untuk terus sihat, cergas dan awet muda bagi diri, keluarga serta orang-orang tersayang?

Semua ini akan dikupas dalam Forum "Stay Young, Sayang..." yang dianjurkan oleh Global Success, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk mempergiatkan masyarakat am dengan kaedah gaya hidup sihat yang positif dan selamat.

Antara panelis forum ini termasuk:

1) Pendakwah bebas dan pakar rawatan Islami, Ustazah Tuty Alawiyah

2) Pakar perubatan yang pernah tampil dalam rancangan televisyen Suria dan menulis rencana-rencana hal kesihatan dalam Berita Harian , Dr. Muhammad Taufiq Bin Rashid

3) Pakar perubatan am yang pernah disiarkan dalam Berita Harian mengenai menangani isu berat badan, Dr. Rauzanah Binte Afandi

4) Mantan pereka dalaman, Farhana Md. Fadzuli, selaku moderator.

Forum ini diadakan pada hari Ahad 4hb Mac 2018 dari jam 5:00ptg hingga 7:00mlm di Brew House Workcentral #06-01, Singapore Shopping Centre. Setiap tiket berharga hanya $5.

Ayuh timba ilmu demi masa depan dan kesihatan yang lebih positif untuk diri kita dan orang-orang di sekeliling kita.
Sun Mar 4, 2018
5:00 PM - 7:00 PM SGT
Add to Calendar
Venue
Shopping Centre Clemenceau
Tickets
General Admission SOLD OUT $5.00
Venue Address
190 Clemenceau Ave, Singapore 239924 Singapore
Organizer
Global Success
9 Followers